saat ini, aku hanya mampu berfikir dan terus berharap.....agar suatu masa dia berhenti bermain tali layang-layang itu, dan layang-layang itu ialah aku.
tiada siapa melainkan Tuhan yang tahu apa bermain di fikirannya.....dan aku harap saat ini, dia berasa yang sama seperti aku....
Dan bila setiap kali kami bertemu di dunia virtual itu, ada satu perasaan yang begitu maya dalam hati aku......entah perasaan itu juga terbit di hatinya, kala aku menaipkan kata-kata gurauan dan cuba untuk menghiburkan hatinya.....
dan saat ini, aku rindu yang teramat. ingin untuk aku bertemunya, cukuplah di hadapan skrin komputer.....
dan di saat-saat ketika dia berbicara, ingin aku suarakan rasa, cukuplah di sini kalau kita terus bertemu begini. dan aku amat ingin untuk lebih dari teman berbicara untuknya. dan di saat dia masih sakit, aku ingin menjadi penemannya yang setia, untuk berada di sisinya.....segala kekurangan yang pernah dirasa daripada ibunya, mahupun mantan kekasihnya, biar aku sahaja yang menggantikan....
dan aku takut untuk terus mencuba dekat, takut nanti hati terjerat.
mungkin kali ini aku mengalah sebelum mula bertarung.....sudah terlalu letih bertarung dengan perasaan aku sendiri.....dan sudah terlalu terbiasa aku yang kecewa bila mencuba.
Jika dia berasa yang sama, maka biarlah dia sahaja yang menarik tali layang-layang itu dan berhenti bermain dengannya.....
Sunday, May 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment