Monday, June 8, 2009

entah....

tiba-tiba rasa nak tulis dalam bahasa melayu. macam Dato' Seri Utama Rais Yatim menyeru, jangan bercampu aduk bahasa kita....

kalau ketika ini ada yang rasa aku menjauhkan diri daripada mereka, padanlah muka kau semua....tapi untuk kawan-kawan yang setia, bukan niat menyepi diri... dan bukan kawan-kawan yang menyakiti.

aku menjauh sebab kecil hati, kecil hati dengan tempat yang dulu aku curahkan kreativiti, tenaga, masa dan cinta. tapi aku tak salahkan tempat itu, aku salahkan orang-orang yang ada di dalamnya....walau bukan semua, tapi sebahagiannya.

bila aku menghantar siaraya melalui mel elektronik, ramai yang bertanya 'Bila?, Kenapa? Mengapa?' sudah bencikah kau pada tempat itu....

kalau dalam lagu Afgan "Di hati kecilku berharap kau masih bahagian dari hidupku", macam itu yang aku rasa. tapi selama aku di sana, hanya orang lain mengatakan aku bagus, orang di dalam tempat itu sendiri tak nampak apa yang aku mampu buat.

di tempat baru, memang susah untuk aku bersinar. sudah ada bintang-bintang di hati tuan....

bencilah. keadaan ekonomi semakin menekan. aku semakin tertekan. kalaupun hati masih ada sayang, mungkin lebih baik aku pergi. aku bukan macam sesetengah mereka yang tak kisah dengan keadaan sekeliling. lebih baik mengupas mangga di meja, makan keropok beramai-ramai. kalau bosan kita main pok amai-amai.

berdosa aku tidak bersyukur. tapi aku manusia. mana mungkin aku langsung tak pernah merasa kecewa.

sekarang, biarlah aku menyendiri. biarlah aku simpan rasa benci. mereka hanya tahu mereka sahaja yang perlu naik setangga lagi.

sebenarnya aku bosan. belum tentu aku bahagia dengan apa yang aku pilih. tapi sekurang-kurangnya aku masih mampu bergelak ketawa dengan gembira. ah, pergi mati dengan perasaan. entah, apa aku masih ada perasaan.

yang penting aku bukan mereka. aku bukan ratu mangga. aku ada keinginan untuk menjadi seorang yang aku mahu.

1 comment:

  1. walaupun langit kita tidak selalunya cerah, namun kita perlu yakin dengan kehadiran cahaya yang mungkin menyinar.. soalnya bila??
    sanggupkah kita tunggu detik waktu itu..?

    persetankan ratu mangga n keropok yg mmg xsedap pun kerana hakikatnya mereka tidak pernah berpijak di bumi nyata

    ReplyDelete